Untuk menghubungi saya, atau memberi dan menerima maklumbalas secara peribadi, sila capai 013-3544889, atau emelkan ke rozaisalanamy@gmail.com, atau temui saya di http://www.facebook.com/rozais.alanamy

Selain capaian di atas, yang menggunakan nama dan kutipan daripada saya adalah tidak relevan dan tidak ada kena mengena dengan pendapat dan pendirian saya.
__________________________________________________________________

Tuesday, November 03, 2009

Anak-Anak Cyber Cafe

.
Hari ini, setelah beberapa hari memerap di rumah, hujan panas bersilih ganti, saya ke cyber cafe macam biasa. Menapak ke sana, rasa otak mahu cair dek mentari yang menyinga. Cc penuh dengan budak dan remaja sekolah, berpakaian seragam hijau, dan kebanyakan pelanggan pun berpakaian rona serupa, termasuk saya. Semua komputer penuh, dan mereka main tembak-menembak sehingga telinga saya hampir pekak. Bukan hanya bunyi tembakan, suara mereka bertempik tambah membingitkan. Hanya komputer saya yang bisu. Teman yang menelefon juga menjangka saya berada di pasar. Sesekali saya jerkah juga, dan ada daripada mereka tersengih-sengih malu, terkejut pun ada dengar saya menjerkah, "woi, kau masuk hantu ke?" Apa tidaknya, saya terpaksa membaca emel saya berkali dan berpuluh kali untuk membalasnya, apatah lagi berurusan dengan perkara penting, bimbang juga tersilap ayat.

Saya senyum sendiri setiap kali dengar alunan lagu ini. Cuba memekakkan telinga daripada mendengar tembakan dan memfokus pada lirik lagu yang saya anggap lagu tema cyber cafe ini. Beberapa orang daripada mereka sengih tengok saya angguk kepala, yang berani sedikit sempat bertanya, "kak frust bercinta ke?" Saya sengih lagi, sambil tunjuk penumbuk. Kami ketawa berdekah-dekah.



12 comments:

Unknown said...

rozais...

iye lah... frust bercinta ke..?? kenapa masih tidak berjumpa....

rozais al-anamy said...

InangRodat,
kalau saudara melihatnya dari pandangan psikoanalisis.
soalan kedua saudara tolong memberi jawapan, kenapa perlu soalan pertama ya?

jiwafaham said...

salam..pertama kali berkunjung ke blog ini... banyak entry yang menarik hati saya..

saya juga telah link ke blog saya. jumpa lagi.

Al Quds Travel said...

Al Quds Travel Welcome You :-

"AL QUDS TRAVEL FAIR 09"
Date : 10,11,12 December 2009
Time : 10.30 am - 10.00 pm
Venue : Ruang Legar KB Mall K.Bharu
Organizer : Al Quds Travel Sdn Bhd
Official Radio : THR Gegar FM
Tel No : 609-747 9999

Diskaun hebat untuk semua
pakej pelancongan!!!

Tim-admin said...

nikmati saja

Tim-admin said...

nikmati saja

Al Quds Travel said...

Al Quds Travel Welcome You :-

"AL QUDS TRAVEL FAIR 09"
Date : 10,11,12 December 2009
Time : 10.30 am - 10.00 pm
Venue : Ruang Legar KB Mall K.Bharu
Organizer : Al Quds Travel Sdn Bhd
Official Radio : THR Gegar FM
Tel No : 609-747 9999

Diskaun hebat untuk semua
pakej pelancongan!!!

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam RAA,

"lama tak berkunjung ke laman ini",

"moga sihat selalu".

rozais al-anamy said...

jiwafaham,
terima kasih sudi berkunjung. nak jemput saudara datang lagi pun saya tak ada santapan untuk disediakan.

harap jumpa lagi.

rozais al-anamy said...

Al Quds Travel,
terima kasih atas makluman.
tahniah juga kepada Al Quds yang semakin jauh dan tinggi terbangnya. saya suka warna bangunannya.

rozais al-anamy said...

Zek,
Terima kasih masih sudi bertamu. Saya sihat, cuma tak berkesempatan mengemas kini blog.

rozais al-anamy said...

Pasabremo Pakpak,
terima kasih sudi datang. nanti saya kunjung balas ya.