Saya terpaksa menyusun tindakan terhadap empat situasi yang berlaku SERENTAK. Saya tidak tahu apa yang mahu dilakukan dahulu, dan kemudian dan kemudiannya apa. Tolonglah saya menyusunnya!
1. Cerek air yang sedang bertempik nyaring (sebab air dah menggelegak).
2. Seterika yang sudah dipasang dan berbau hangit (sebab lama terbiar).
3. Anak sedang melalak sehingga hampir keluar anak tekak.
4. Seseorang sedang mengetuk pintu bertalu-talu.
Terima kasih atas bantuan.
Wednesday, November 22, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Ukhti,
Saya rasa Ukhti tenangkan hati dulu, kemudian yang no 2 pastu no 1 pastu no 3 pastu no 4.
Minta maaf kalau salah.
Hakim,
tak ada salah atau betul dalam kes ini. cantik jawapan itu.. heheh
Salam,
Rozais,nampaknya jawapan ana sama dengan adik kita tu.
Hakim, kebetulan sama....jawapan ana..2,1,3 & 4.
Actually anan pernah dapat ujian sebegini tetapi dah lupa makna disebaliknya....
Iffah,
maknanya sehati sejiwalah dengan Hakim tu.
Biarkan sahaja semua itu, biarkan biarkan ... hehehe
salam
Ada satu lagi yang tertinggal saya rasa: kain di ampaian sedangkan hari sudah hujan.
nyahkan hangit seterika, kerana ia bisa membahayakan nyawamu.
hentikan ketukan di pintu kerana mungkin ada nyawa sedang minta di selamatkan.
ha ha ha, anak tekak tidak akan keluar. binaannya cukup kukuh.
biarkan cerek terus bertempik. tiada sebarang emosi dalam tempikannya.
sf,
dah lama jadi luncai?
tuan tanah,
lain kali pilih baju dan kain kalis air, tak susah-susah nak kena beringat kalau hari hujan.
zizie ali,
pandai saudara menjawabnya tapi yang terakhir itu jadi yang pertama untuk saya, hehe
wah nampaknya rozais ini sudah terkorban agaknya? Masih cerita lama, ayuh org sana, apa perkembangan?
sf,
mulut tu nanti saya ganyang dengan cili api. saya masih hiduplah, cuma tak sempat nak menjenguk blog, selalu di site sejak sebulan setengah lalu.
mintak tolong komen cerpen saya dalam Dewan Budaya Januari 2007 yer
Salam Ya Ukhti Rozais,
Tak silap ana, 1.1.2007 hari tu iedul mielad anda kan. Apa-apa pun, Happy belated Birthday.Semoga sentiasa berada didalam Redha Allah dan selalu berada didalam hidayah-Nya.Ameen.
Wassalam.
Saya pernah dapat soalan ni. Dari Ismahalil Hamzah. Eheh. Tapi dah lupa la apa di sebaliknya.
Post a Comment