Kesinambungan penggantungan Saddam dan adik-beradiknya... para pengikut syiah rasa terbela dan bergembira sepertimana para sunni KONONNYA beraya ketika terkorbannya Hussein cucu Baginda, saya kira aqidah Syiah tidak sedikit pun berbeza dengan Yahudi. Cuma belum ada yang tampil secara terang-terangan membuktikan yang Syiah itu pendokong makar Yahudi. Dan salahkah Saddam membunuh 148 Syiah di Dujail atas alasan mereka itu musuh Islam? Nilailah artikel yang saya petik dari sebuah blog ini.
PENILAIAN SYIAH TERHADAP AHLI SUNNAH
Ahli sunnah wa Jamaah adalah golongan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. yang sentiasa mendapat petunjuk kerana mereka berpegang dengan Sunnah Rasulullah s.a.w. dan para sahabat terutama Khalifa Rasyidin. Selain dari Ahlu Sunnah, adalah golongan yang sesat kerana mereka tidak berpaksikan sepenuhnya kepada Sunnah Rasulullah s.a.w. dan Khulafa’ Rasyidin sebagai perjalanan hidup. Walaupun setiap golongan sesat itu mendakwa mengikuti al-Qur’an namun sikap mereka terhadap Sunnah dan para sahabat tidak membuktikan kebenaran dakwaan mereka. Adalah satu asas dalam mengkaji mana-mana aliran atau fahaman sebelum menghukumkannya sebagai sesat atau tidak, harus merujuk kepada sumber asal mereka yang muktabar. Di antara golongan yang sesat itu ialah ajaran Syi`ah.
Sebagai satu ajaran yang telah lama bertapak, Syi`ah mempunyai rujukan-rujukan sendiri yang muktabar. Bagaimanapun sudah menjadi polisi kepada mereka untuk tidak membiarkan kitab-kitab mereka jatuh kepada orang lain oleh kerana itu, mereka menyembunyikannya. Malahan rujukan mereka itu hanya dibaca oleh Ayatullah-Ayatullah sahaja. Adapun Syi`ah yang tidak menjangkaui martabat tersebut tidak layak untuk membacanya sehingga mereka mendakwa orang-orang yang bertaqwa sahaja yang berhak. Alangkah malang sungguh mereka yang menerima ajaran Syi`ah tetapi tidak dapat menatapi sabdaan-sabdaan para Imam. Kitab-kitab berautoriti seperti al-Kafi karangan al-Kulaini, al-Istibsar, Tahzib al-Ahkam dan Man layahduruhu hanya bacaan para Ayatullah sahaja. Keempat-empat kitab ini merupakan kitab yang paling tinggi kedudukannya dan Khomeini menganggapnya sebagai rujukan terpenting. Di samping itu terdapat Wasail al-Syi`ah, Bihar al-Anwar oleh al-Majlisi, Risalah al-I`tiqadat oleh Ibn Babwaih al-Qummi
Dalam artikel ini, kita akan menyoroti aqidah dan pendirian mereka berhubung dengan orang-orang lain yang bukan Syi`ah berdasarkan kepada rujukan-rujukan mereka.
Aqidah Syi`ah tentang orang yang tidak mengakui imamah
Syiah berpendapat imamah merupakan salah satu usul agama dan Rasulullah s.a.w. menentukan 12 imam dengan jelas. Ibn Babwaih al-Qummi yang mendapat jolokan al-Saduq menyebutkan di dalam kitabnya Risalah al-I`tiqadat, halaman 103, cetakan Markaz Nasyr al-Kitab, Iran:
".. واعتقادنا فيمن جحد إمامة أمير المؤمنين علي بن أبي طالب والأئمة من بعده – عليهم السلام – أنه كمن جحد نبوة جميع الأنبياء، واعتقادنا فيمن أقر بأمير المؤمنين وأنكر واحدًا ممن بعده من الأئمة أنه بمنزلة من أقر بجميع الأنبياء وأنكر نبوة نبينا محمد صلى الله عليه وآله"،
"Kepercayaan kita berhubung dengan orang yang mengingkari imamah Amirul Mukminin Ali a.s. dan para imam sesudahnya seperti orang yang mengingkari kenabian semua nabi. Dan kepercayaan kita tentang orang yang mengingkari salah seorang imam selepasnya seperti orang yang mengakui kesemua nabi tetapi mengingkari kenabian nabi kita Muhammad s.a.w. dan ahli keluarganya."
Pada halaman yang sama, Ibn Babwaih menukilkan satu riwayat yang disandarkan kepada Imam Ja`far al-Sadiq:
" المنكر لآخرنا كالمنكر لأولنا" .
"Orang yang mengingkari imam kita yang terakhir seperti mengingkari imam yang pertama."
Dalam rujukan yang sama, beliau juga menisbahkan kepada Rasulullah s.a.w. sebagai bersabda :
"الأئمة من بعدي اثنا عشر؛ أولهم أمير المؤمنين علي بن أبي طالب عليه السلام وآخرهم القائم، طاعتهم طاعتي ومعصيتهم معصيتي، من أنكر واحدًا منهم فقد أنكرني".
"Imam-imam setelahku 12 orang, yang pertama Ali bin Abi Talib a.s. dan yang terakhir al-Qaim. Ketaatan kepada mereka seperti ketaatan kepadaku. Menderhakai mereka sama menderhakaiku. Sesiapa menginkari mereka sesungguhnya telah menginkari." Kata-kata al-Saduq ini dinukilkan oleh al-Majlisi dalam Bihar al-Anwar (jil. 27, hal. 61-62)
Mulla Baqir al-Majlisi, yang mendapat gelaran al-Allamah, al-Hujah dan Fakhr al-Ummah (kebanggaan ummat) menulis di dalam Bihar al-Anwar jilid 23 halaman 390:
"اعلم أن إطلاق لفظ الشرك والكفر على من لم يعتقد إمامة أمير المؤمنين والأئمة من ولده عليهم السلام وفضَّل عليهم غيرهم يدل أنهم مخلدون في النار".
"Ketahuilah, ungkapan lafaz syirik dan kufur kepada orang yang tidak beritikad dengan keimaman Ali dan para imam dari anak cucunya a.s. dan kelebihan mereka mengatasi orang lain menunjukkan mereka itu kekal di dalam neraka."
Dalam Bihar al-Anwar (23/391) Baqir al-Majlisi menukilkan daripada al-Mufid bahawa:
"Syi`ah Imamiyah sepakat tentang orang yang mengingkari imamah salah seorang imam dan membantah ketaatan yang diwajibkan Allah kepadanya (imam) sebagai kafir sesat yang selayaknya kekal di dalam neraka".
Lihat bagaimana Syi`ah menghukumkan orang-orang yang beriman sebagaimana mereka beriman. Adakah perkara ini menunjukkan perbezaan antara Ahli Sunnah dan Syi`ah dari fiqh mazhab sahaja? Sebenarnya penilaian mereka ini terhadap Ahli Sunnah jauh lebih dahsyat daripada permusuhan dengan orang-orang kafir lain. Benar sekali kata-kata Shaikh Musa Jarullah di dalam kitabnya al-Wasyi`ah fi Naqd `Aqaid al-Syi`ah, halaman 227: "Saya amat terkejut dan kecewa apabila melihat dalam kitab-kitab Syi`ah, Musuh Syi`ah yang paling ketat dan paling kuat ialah Ahli Sunnah wa Jamaah. Saya melihat sendiri bahawa semangat permusuhan benar-benar menguasai hati semua lapisan Syi`ah."
Darah Ahli Sunnah adalah halal di sisi Syi`ah
Di samping itu, Syi`ah menganggap halal darah dan harta Ahli Sunnah dan inilah yang difatwakan oleh ulama mereka. Syaikh Saduq menyebutkan di dalam kitabnya `Ilal al-Syara’i` halaman 601 cetakan Najaf:
عن داود بن فرقد قال: قلت لأبي عبد الله عليه السلام: ما تقول في قتل الناصب – أي السني- ؟ قال: "حلال الدم، ولكني أتقي عليك، فإن قدرت أن تقلب عليه حائطًا أو تغرقه في ماء لكيلا يشهد به عليك فافعل، قلت فما ترى في ماله؟ قال: توه ما قدرت عليه".
Daripada Daud bin Farqad, katanya aku bertanya kepada Abu Abdullah a.s.: Apakah hukumnya membunuh al-Nasibi- maksudnya ahli sunnah? Jawabnya: Halal darahnya, tetapi aku ingatkan engkau jika dapat hempapkan dinding atasnya atau engkau lemaskannya di dalam air maka lakukanlah supaya tidak dilihat oleh orang lain. Aku bertanya lagi: Apa pendapatmu tentang hartanya. Jawabnya: Binasakanlah apa sahaja yang engkau dapat lakukan.
Apakah yang akan dilakukan oleh Syi`ah terhadap orang yang menyalahi mereka? Shaikh Taifah menyebutkan di dalam kitab fiqhnya, al-Nihayah halaman 302:
"Sesiapa yang memegang kekuasaan bagi pihak yang zalim dalam melaksanakan hukuman hudud atau melaksanakan sesuatu hukum hendaklah dia beritikad bahawa dia sebenarnya memegangnya bagi pihak berkuasa yang hak, maka hendaklah dia melaksanakan hukum mengikut ketentuan Syari`at Imam, dan selagi dia dapat melaksanakan hudud terhadap mukhalif (orang yang tidak mengikut Syi`ah) hendaklah dia laksanakan kerana itulah jihad yang paling agung."
Ni`matullah al-Jazairi menyebutkan dalam kitabnya al-Anwar al-Nu`maniyyah (2/307):
"Harus membunuh mereka (Ahli Sunnah) dan harta-harta mereka adalah halal."
Beginilah sikap permusuhan mereka terhadap orang yang tidak mempercayai imam dua belas.
Sejarah mencatatkan kezaliman mereka terhadap umat Islam. Ni`matullah al-Jazairi menyebutkan dalam kitabnya al-Anwar al-Nu`maniyyah:
"Terdapat dalam beberapa riwayat bahwa Ali bin Yaqtin iaitu menteri al-Rasyid dan seorang Syi`ah yang istimewa, beberapa golongan mukhalifin berada di dalam tahanannya, lalu dia memerintahkan orang-orang suruhannya menjatuhkan bumbung tahan ke atas tahanan-tahanan tersebut, lalu kesemua mereka mati terbunuh, bilangan mereka lebih kurang 500 orang. Bagi melepaskan diri dari tanggungjawab kematian mereka, Ali bin Yaqtin telah menghantar surat kepada Imam Mawlana al-Kazim dan al-Kazim menghantar jawapannya yang berbunyi: Jika anda bertemu saya dahulu sebelum membunuh mereka tentu anda tidak menanggung apa tanggungjawab terhadap darah mereka. Oleh kerana anda tidak berbuat demikian, maka hendaklah anda membayar kaffarah untuk setiap orang yang anda bunuh sebanyak satu tis. Satu tis itu lebih baik dari mereka.
Lihatlah kepada diyat yang sangat sedikit ini yang tidak menyamai diat saudara mereka yang kecil iaitu anjing buruan kerana diatnya sebanyak 20 dirham dan juga tidak menyamai saudara mereka yang besar iaitu Yahudi atau Majusi iaitu 800 dirham dan keadaan mereka di akhirat lebih hina dan lebih rendah."
Riwayat ini juga dinukilkan oleh Muhsin al-Mu`allim untuk berdalil bahawa harus membunuh Ahli Sunnah. (Al-Nasb wa al-Nawasib, halaman 622)
Harta Ahli Sunnah adalah halal
Harta ahli sunnah menurut Syi`ah adalah halal dan boleh diambil tanpa ada halangan. Abu Ja`far al-Tusi meriwayatkan dalam kitabnya Tahzib al-Ahkam, jilid 4, halaman 122:
عن أبي عبد الله عليه السلام أنه قال: "خذ مال الناصب حيث ما وجدته وادفع إلينا الخمس"
Daripada Abu Abdullah a.s. bahawa beliau berkata: Ambillah harta al-nasib di mana sahaja kamu temui dan berikan kepada kami satu perlimanya.
Ahli Sunnah adalah najis menurut syiah
Khomeini di dalam Tahrir al-Wasilah (1/118) menghukumkan Ahli Sunnah sebagai najis, katanya: Adapun Nawasib (Ahli Sunnah) dan Khawarij semoga dilaknati Allah tanpa ragu-ragu adalah najis."
Penghinaan Khomeini bukan setakat Ahli Sunnah dan Khawarij sahaja malah kepada golongan Syi`ah selain dari Imamiyah 12, katanya:
"Kumpulan-kumpulan Syi`ah selain dari Syi`ah Imam Dua Belas yang tidak mempercayai imamah 12 imam, jika tidak kelihatan pada mereka tanda-tanda nasb (mengikuti Ahli Sunnah), permusuhan dan mencela para imam maka ia suci tetapi jika kelihatan pada mereka perkara-perkara tersebut maka mereka seperti nawasib yang lain. (1/119)
Ni`matullah al-Jazairi menulis dalam kitabnya al-Anwar al-Nu`maniyyah 2/306:
"وأما الناصب وأحواله، فهو يتم ببيان أمرين: الأول: في بيان معنى الناصب الذي ورد في الأخبار أنه نجس، وأنه أشر من اليهودي والنصراني والمجوسي، وأنه نجس بإجماع علماء الإمامية رضوان الله عليهم"
"Penjelasan tentang al-Nasibi dan keadaannya dapat dijelaskan dengan dua perkara berikut: Pertama, maksud al-nasibi mengikut dalam hadis-hadis adalah najis, dia lebih jahat daripada Yahudi, Nasrani dan Majusi malah dia adalah kafir, najis mengikut ijmak ulama Imamiyyah."
Dalam kitabnya, Muhammad al-Saduq menunjukkan kebenciannya yang tidak terhingga terhadap ahli Sunnah: Sesungguhnya Nabi Nuh a.s. membawa dalam kapalnya anjing dan babi tetapi baginda tidak membawa anak zina, dan al-nasibi itu lebih jahat daripada anak zina"
Perhatikan lafaz nasb dan nawasib yang memberi erti permusuhan terhadap keluarga Rasulullah s.a.w. digunakan oleh Syi`ah untuk ahli Sunnah yang mengikuti Sunnah Rasulullah s.a.w. dan para sahabat.
Agama adalah menyalahi Ahli Sunnah
Antara tuduhan jahat Syi`ah terhadap orang lain kerana tidak mengikuti mereka ialah riwayat al-Majlisi daripada Imam al-Baqir di dalam Bihar al-Anwar 24/311, katanya: "Demi Allah wahai Abu Hamzah, sesungguhnya manusia itu, kesemuanya anak pelacur melainkan Syi`ah kita." Riwayat ini juga dinukilkan oleh al-Kulaini dalam al-Raudhah nombor 431.
Penutup
Beginilah penilaian mereka terhadap kita ahli Sunnah. Segala usaha yang pernah dirancang oleh ulama untuk mendekatkan antara Sunni dan Syi’ah tidak akan mendatang faeadah kepada umat Islam kerana sebenarnya itu adalah komplot untuk mendekatkan umat Islam kepada Syi’ah. Sesunguhnya tidak ada ruang bagi kita untuk berdiam diri, tidak ada masa untuk berlembut dengan mereka kerana kebatilan aqidah mereka akan mengancam keimanan, syariat dan keselamatan serta keamanan dunia. Oleh itu marilah kita mencurahkan usaha dan tenaga untuk memerangi mereka dengan apa cara sekalipun kerana ia adalah satu jihad bagi mempertahankan kesucian ajaran Islam dan demi keamanan sejagat.
9 comments:
salam kembali,
insya allah. tapi kena khususkan sedikit isu yang macam mana?
MasyaAllah, sampai tahaptu ya pandangan mereka terhadap Sunni.
akhi hakim,
itu sedikit sahaja daripada penghinaan mereka. banyak lagi rekaan cerita mengenai sunni dan cercaan dalam kitab-kitab mereka. bukankah mereka itu sama saja dengan yahudi yang menganggap hanya bangsa mereka yang terpilih? namun pelik saya bila ada orang cerdik pandai buta membaca agenda syiah dan menyokong mereka membabi buta walhal kitab syiah ketua mereka pun tak pernah dibaca.
ada pula rakan memberitau bahawa kalau sunni lalu di kawasan mereka atau lorong-lorong rumah mereka, terusnya diheret ke dalam rumah dan disembelih. bagi mereka darah sunni halal. masya allah
Apa beza Syiah dan Yahudi?
--------------------------
Bagi menjawab persoalan itu, jika berdasarkan kepada pendekatan akademik sudah pasti perlu bagi mengemukakan hujah yang berasaskan dalil dan rujukan muktabar.
Namun dalam ruangan yang terbatas ini cuma bagi saya cukuplah sekadar mengemukakan persoalan bukan tujuan untuk memberi jawapan kerana mahu khalayak terus mengkaji dan mencari rujukannya.
Pertama, bezanya memanglah cukup jauh antara Syiah dan Yahudi, kerana Yahudi itu sudah pasti bukan di kalangan mazhab Islam, ia jauh dari garisan pemikiran Islam.
Cuma ia adalah agama langit seperti juga Nasrani.
Yahudi permusuhannya kepada umat Islam cukup jelas dan dalam dunia modern Yahudi ekstremis bertukar kepada Zionist yang membelakangkan pandangan ortodoks dengan mengumumkan negara haram Isreal.
Yahudi Zionist terus menjarah umat di Palestina dan Lebanon, memimpin dunia dengan menjadi proksi bagi menentukan dasar dunia.
Syiah Iraq pula selepas menjadi mangsa Saddam Baath, kini menjadi mangsa kezaliman AS sebagaimana sunni juga.
Yang kena bom di Iraq ni mengapa kebanyakkanya syiah, kalau benar mereka itu menghalalkan darah sunni pasti ramai sunni yang kena letup.
Pelik bukan? Syiah yang majoriti itu dipinggirka ketika zaman Saddam yang sunni dan syiah yang majoriti itu juga paling ramai terkorban ketika mereka memegang tampuk pemerintahan ketika ini.
Syiah Lebanon pula, mereka yang menghalau Israel (baca Yahudi)dari bumi kelahiran pejangga tersohor Gibran itu.
Syiah Iran, dan Imam khomeini sejak dulu kini dan disambung Ahmadenijad terus menyokong perjuangan Palestin yang majoritinya Sunni.
Tapi lihatlah pada aksi-aksi terror dan bom blasting yang berlaku termasuk di rantau kita ini, mengapa dipelopori sunni activists?
Sewajarnya ke kita menyalahkan sunni juga, sedangkan ia bercanggah dengan ajaran sunni.
2. Tentang persoalan Ahlul sunnah wal jamaah sahaja yang benar.
Ya benar ia ASWJ sudah menjadi doktrin akidah. teologinya berasaskan asyairah dan maturidiah dan fiqhnya empat mazhab sunni.
maka selain dari itu maka Rafidah kah?
Soalnya bilakah bermulanya istilah ahlul sunnah dan bilakah bermulanya al-jamaah, dan bagaimana perkembangannya selain daripada dijadikan doktrin politik umayah dan Abbasiah untuk membantai Syiah?
Juga perlu ditanya mengapa selama dalam pengajian Islam, tidak pernah ustaz sunni kita membawakan hadis tentang kewajipan berpegang kepada al-kitab dan itrah (ahlul bait) sedangkan yang ada adalah hadis
``taruktufikum amrain ....kitabullah wa sunnati (sunnahku)
Sedangkan hadis kitabullah wa sunnati riwayatnya saqit (terjatuh).
Kalau kita agak alergik dengan istilah syiah, maka lebih baik tukar saja pada ahlul bait....mari kita jadi pengikut ahlul bait (AB), yang bukan saja untuk syiah tapi untuk sunni juga.
Macam pas, tukar muzakarah kepada muqabalah...bukannya koho (makin) berbalah.
Masalah kafir mengkafir, dalam dunia sunni pun berlaku, pas dan umno dulu kafir mengkafir, tapi sekarang sudah berubah. Pas dah berubah banyak, ulama yang kafirkan UMNO pun ramai dah masuk UMNO.
Begitu juga Syiah...dalam kitab lama ada petikan-petikan yang diambil mengenai isu ini yang kita orang baru tidak tahu ulama ini cakap dalam konteks apa?
Orang macam khomeini, kadangkala ulama biasa tidak faham yang beliau ujarkan.Hanya yang irfan faham kata-kata mereka. Seperti Nik Aziz kata tuhan mencarut...fahamkah kita? Nak kerjasama dengan syaitan?
Maka tidak hairan orang macam Ibnu Arabi, Alhallaj dan Sheikh Siti Jenar di bumi Jawi... mereka yang tenggalam dalam keasyikkan ketuhanan mereka.
Tetapi di zaman moden ini, ketika Arab Saudi menganjurkan dialog antara agama termasuk membuka dialog dengan syiah, ada ulama menentangnya. dan mereka terus seronok dengan label mengkafirkan syiah.
Wajarkah kita menjadi beban kepada sejarah hitam dalam dunia Islam dahulu, mengapa kita tidak buka lembaran baru?
Menyentuh soal kitab-kitab syiah yang asyik kafirkan Sunni sebagaimana kitab-kitab sunni perlu ditarjih begitu juga kitab syii perlu ditarjih.
Sebagaimana dalam riwayat sunni ada menceritakan Nabi Musa berlari dalam keadaan telanjang ketika mengejar pakaiannya yang dibawa lari oleh batu. Bolehkah sunni menerimanya even ia diriwayatkan dalam kitab muktabar sunni?
Apa yang pasti syiah sebenarnya sudah ada diri kita sunni ini.
solat kita tidak sah sekiranya tahiyat akhir tidak disebut allahumma salli muhammad wa ali muhammad.
(tidak boleh tambah wa ashabi)
mengapa nama muhammad di seiringkan dengan ahlul bait? ketika dalam tahiyat, sudah pasti kedudukan AB ini martabatnya tinggi dalam agama (solat itu tiang agama.
itu tidak masuk lagi dalam tradisi Melayu Islam kita yang cukup dekat dengan amalan-amalan ritual Syiah...
tahlil...dalamnya ada selawat dan pujian pada ahlul bait dan marhaban oleh jaafar albarzanji itu dalamnya subur budaya cintakan nabi dan keluarga nabi.
terima kasih kita kepada asraf-asyraf yang datang menyebarkan islam ke rantau kita ini. Mereka telah menukar jubah mereka yang syii itu kepada al-syafei. As-Syafie yang menyatakan `kalaulah menyintai ahlul bait itu adalah rafidie maka akulah rafidie.''
ada lagi nak tulis tapi letih...
salam.
Helmie,
`kalaulah menyintai ahlul bait itu adalah rafidie maka akulah rafidie'.
Aku kata mcm ni.. 'kalau syiah tu bukan alat Yahudi, maka akulah Yahudi."
Ko tau apa maksud "meccok'?
Tiada beza keduanya berpecah belah. Sepatutnya Islam itu bersatu (TAUHID).Itulah perintah yang Nabi Muhammad satukan Kabilah² Arab, tetapi bila Nabi Muhammad Wafat maka mereka kembali Jahil@sesat.
Al-Mu'minun (المؤمنون) / 23:53
فَتَقَطَّعُوۡۤا اَمۡرَہُمۡ بَیۡنَہُمۡ زُبُرًا ؕ کُلُّ حِزۡبٍۭ بِمَا لَدَیۡہِمۡ فَرِحُوۡنَ
Kemudian mereka (pengikut-pengikut rasul itu) menjadikan agama mereka terpecah belah menjadi beberapa pecahan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada sisi mereka (masing-masing).
Post a Comment