Untuk menghubungi saya, atau memberi dan menerima maklumbalas secara peribadi, sila capai 013-3544889, atau emelkan ke rozaisalanamy@gmail.com, atau temui saya di http://www.facebook.com/rozais.alanamy

Selain capaian di atas, yang menggunakan nama dan kutipan daripada saya adalah tidak relevan dan tidak ada kena mengena dengan pendapat dan pendirian saya.
__________________________________________________________________

Friday, May 07, 2010

Keluhanku dan Kelohan Dara

Saya sedang marah. Benar-benar marah. Dua tiga kali muat naik gambar ke Facebook saya gagal kerana gelombang yang tak stabil. Semalam apabila marahkan seseorang yang berhujah secara bodoh, saya sejukkan hati dengan bergelak ketawa membaca kartun Maro dan Dee di Utusan Malaysia.

Hari ini saya naik angin lagi. Memang saya mahu mengeluh di pagi yang mula panas terik ini. Namun supaya tidak cepat diserang hipertensi, saya dinginkan perasaan dengan lagu ini. Wan Salman, penyanyi yang lahir dari Pertandingan Bintang Radio tahun 60-an ini berjaya sejukkan hati saya melalui lagu "Kelohan Dara".



Malam bulan sedang mengambang / di angkasa nan terbentang / cahaya sinarnya mula menyinari / alam indah permai

Di desiran angin yang lalu / aku terdengar keluhan / suara merindu, suara merayu / yang menikam kalbu

Wahai si dara jelita / janganlah berputus asa / meskipun apa akan terjadi / kasih tak kembali

Kau masih muda remaja / parasmu cantik jelita / jangan merana dan menderita / carilah gantinya.
.

5 comments:

imlan adabi said...

KEELOHAN DARA lagu kegemaranku ketika era mandi tepi perigi 40 tahun lampau. anda menyebarkan masa mudaku

rozais al-anamy said...

imlan adabi,
terkadang kita perlu mengimbau kenangan lampau untuk terus menghidupkan jiwa.

Zawawi Aziz said...

Hati cepat sejuk
adakah hati yang sentiasa
dilatih supaya cepat sejuk ?

rozais al-anamy said...

Zawawi Aziz,
Benar sekali. Hati yang sedang membara akan terus dingin ditabur aksara-aksara indah dari hati yang ikhlas.

Jika tiada yang memujuk, latihlah diri supaya cepat sejuk.

Mzulkfllie said...

Kekadang hanya senyuman seorang isteri yang akan menyejukkan hati.