Untuk menghubungi saya, atau memberi dan menerima maklumbalas secara peribadi, sila capai 013-3544889, atau emelkan ke rozaisalanamy@gmail.com, atau temui saya di http://www.facebook.com/rozais.alanamy

Selain capaian di atas, yang menggunakan nama dan kutipan daripada saya adalah tidak relevan dan tidak ada kena mengena dengan pendapat dan pendirian saya.
__________________________________________________________________

Thursday, April 08, 2010

Kenangan dan Getah Pemadam

.
Aku terimbau. Sewaktu kanak-kanak aku tidak suka memiliki pemadam atau liquid paper. Kerana bagiku kesilapan hanya perlu digaris, dan dicatat yang betul di atas atau ditepinya. Biar aku sentiasa berawas dengan kesilapan itu dan tidak mengulanginya. Dan supaya kita jujur pada diri bahawa sebagai insan kita pernah tersilap.

Teringat lagi, kata cikgu, budak-budak yang belum ke sekolah menengah hanya boleh gunakan pensil. Senang dipadam dengan pemadam getah. Kalau pen sukar dipadamkan. Kanak-kanak sekolah rendah selalu menulis salah, hanya layak pakai pensil. Kalau silap tulis pakai pen, kena guna liquid paper. Susah, mahal dan kena tunggu kering dulu baru tulis semula; semua itu ambil masa. Kataku, pen atau pensil; guna saja garisan. Tak payah pemadam atau liquid paper.

www.jiwakejiwa08.blogspot.com

* Alangkah leganya jika semua kenangan boleh sirna hanya dengan getah pemadam.

Pinggiran Putrajaya
.

7 comments:

Zawawi Aziz said...

...akibat terlalu banyak berfikir tentang kejujuran !

rozais al-anamy said...

Zawawi Aziz,
Berfikir saja tak guna, bukan? Sebaliknya buktikan kejujuran itu, walaupun melalui sebuah kesilapan.

najihah said...

Ustaz saya yang mengajar arab pun katakan benda yang sama.

"Kalau salah,jgn liquid.Potong je.Biar nampak kesalahan tu sampai bila-bila"

indah entri ni!

:)

rozais al-anamy said...

tukang kata,
terima kasih.
jujur pada diri, jujur pada orang lain.

zaryfhanym said...

tiada manusia normal yang ingin melakukan kesilapan,namun ianya tetap terjadi kerana manusia hanya mampu merancang, Tuhan yg maha menentukan apa yang baik untuk hambaNYA

rozais al-anamy said...

Zarifah Hanim,
benar kata saudari, kita merancang dan berusaha, dan seterusnya kepada Dia kita berharap.

rosanim said...

kalaupun kita rasa kita silap
itulah suratan taqdir
kalau kita kata kita tersasar
itulah juga taqdir
yang telah ditentukan
dan..kita mesti pasrah dan redha
hidup mesti diteruskan selagi nyawa
masih di badan