.
Ilham datang mencurah, namun saya tidak berdaya menggubahnya menjadi karangan yang indah. Bagai tikus melihat besi, atau lelaki impoten digoda wanita jelita; saya cuba mencucuk diri sendiri dengan sejumlah majalah. Masih juga abjad tidak mahu memesrai saya. Selalu teman sebilik berpesan, cubalah baca buku jika diserang virus writer's block. Itulah yang selalu dia amalkan. Saya banyak kali mencuba, dan berhasil. Namun kali ini, saya jadi tikus tak bergigi, malah mahu gigit buku pun belum tentu berhasil.

Saya tidak mahu kalah. Kali ini mencuba lagi. Lagu ini sedikit sebanyak memberi mood kepada saya. Saya membayangkan sebuah malam yang indah, purnama yang menyuluh kajang di atas pangkin kayu di halaman, bertemankan kopi tanpa gula. Moga bayu malam yang berhembus menerbangkan kembali sejumlah abjad yang pergi daripada saya. Aduh, bagaimana membayangkan malam nan indah di tengah terik mentari Jumaat ini! Insan seni mampu lakukan itu, getar suara dari dalam.
Saya senyum girang mendongak bulan pada tengahari garing.
pinggiran Putrajaya
.
6 comments:
Salam akak.
hampir pernah dipaku juga.
Erm, apapun terus menulis.
*masuk sini , saya mesti senyum, tapi saya tak tahu sebabnya:)
sekarang saya sedang merasa itu..
dipaku..
tidak tahu apa yang harus ditulis pada entri blog saya
:(
arnamee,
Salam kembali.
Setakat kena paku, masih bleh lepaskan diri, tapi kalau dimasukkan dalam guni dan dihumban ke laut, entahlah.
Syukurlah, sekurang-kurangnya saya memekarkan jiwamu secara tak langsung.
Tukang Kata,
Jom kita sama-sama cabut paku itu.
Saya cadangkan jangan sekali-kai tulis pasal tukul, hehe
Banyak perkara yang lucu (writer's block)
'jangan bersedih' kata orang
bijaksana.
Kata-kata dari yg lain pula, 'yang hebat di dunia ini ialah laut, gunung dan manusia'
Zawawi Aziz,
"La takhaf wala tahzan".
Terima kasih atas kata-kata mulukmu.
Post a Comment