Untuk menghubungi saya, atau memberi dan menerima maklumbalas secara peribadi, sila capai 013-3544889, atau emelkan ke rozaisalanamy@gmail.com, atau temui saya di http://www.facebook.com/rozais.alanamy

Selain capaian di atas, yang menggunakan nama dan kutipan daripada saya adalah tidak relevan dan tidak ada kena mengena dengan pendapat dan pendirian saya.
__________________________________________________________________

Thursday, September 07, 2006

Cakna Cerpen Penulis Wanita Pantai Timur (CAKNA)

Dimaklumkan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur (DBPWT) dengan kerjasama Noble Art Creation (NAC) akan menganjurkan majlis Cakna Cerpen Penulis Wanita Pantai Timur (CAKNA).

Tarikh: AHAD, 17 SEPTEMBER 2006
Masa: 9.00 PAGI –12.00 TENGAHARI
Tempat: DEWAN SEMINAR, DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA WILAYAH TIMUR

Pemakalah jemputan ialah S.M Zakir yang akan membentangkan kertas kerja bertajuk “Karya Sastera: Antara Drama & Tragedi” sebagai hasil kajian teks antologi cerpen “Janji Mandala Hijau”, terbitan DBP manakala Nisah Haron melalui kertas kerja berjudul “Mencari keindahan dalam cerpen-cerpen empat penulis wanita Pantai Timur” mengupas cerpen-cerpen eceran karya penulis wanita Kelantan, Terengganu dan Pahang.

CAKNA merupakan prakarsa untuk menampilkan karya-karya penulis dari Kelantan, Terengganu dan Pahang kepada khalayak demi membuktikan penulis-penulis wanita dari tiga negeri ini bersungguh-sungguh dalam menghasilkan karya kreatif untuk turut melaksanakan peranan mereka sebagai entiti dunia yang tidak terkebelakang dalam memperjuangkan keadilan, kebenaran dan kemanusian yang kian menipis.

Dijemput semua hadir berkongsi fikiran dan pemikiran, tidak kira lelaki atau perempuan, membuktikan anda CAKNA!
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Zanazanzaly/Rozais Al-Anamy (019-9196679)

3 comments:

hakim dirani said...

Saya teringin sangat nak ikuti, tapi sekarang tinggal jauh.

Saya doakan program ukhti berjalan lancar seperti dirancang.

rozais al-anamy said...

akhi,
syukran jazilan atas doa. moga akan ketemu jua satu hari nanti

Salman Sulaiman said...

Salam seni buat semua,

Kak Na, Kak Yah & Kak Nani; tumpang promosi ya. Dua buah buku terbaru saya, 'Ngembara Ke Utopia Republik Cinta Sesudah Letih Menjadi Lelaki dan buku Sebelum Menjadi Penakut juga dapat dibeli pada majlis itu nanti. Jumpa saja di sana ya.


Salman Sulaiman
Teratak Seni, Mache.
2.25 petang, 11 Sept. 2006.