Untuk menghubungi saya, atau memberi dan menerima maklumbalas secara peribadi, sila capai 013-3544889, atau emelkan ke rozaisalanamy@gmail.com, atau temui saya di http://www.facebook.com/rozais.alanamy

Selain capaian di atas, yang menggunakan nama dan kutipan daripada saya adalah tidak relevan dan tidak ada kena mengena dengan pendapat dan pendirian saya.
__________________________________________________________________

Wednesday, February 16, 2011

Alahai Limau Manis

.
Kata bijaksana:
Manusia kecil bercakap tentang manusia lain,
Manusia pertengahan bercakap tentang benda,
Manusia besar bercakap tentang idea dan pemikiran.

Dalam isu pelacuran Lorong Limau Manis, Kota Bharu yang dilaporkan dalam Kosmo! hari ini, pusat pelacuran berusia dua dekad itu telah diserbu pihak terbabit (mungkin selepas pembongkaran oleh akhbar). 

Kisah "sow" (tempat pelacuran) Limau Manis ini diceritakan oleh ayah angkat saya lebih dua tahun lalu (saya sendiri hairan kenapa terlalu lama ia masih belum dibanteras sedangkan hal ini berlanjutan sejak zaman tok nenek mereka). 

Tidak kira atas apa alasan sekalipun, tahniah kepada kerajaan negeri yang sanggup mengetepikan ego dan kepentingan diri demi maruah Islam. Bak pesan Ali r.a. yang bermaksud ambillah kebaikan itu tidak kira daripada siapa penuturnya.

Keikhlasan dalam setiap teguran akan terus sampai ke hati penerimanya, namun kepada yang menegur itu, terpulang kepada mereka. Jika ikhlas dia menegur demi agama, akan dapat ganjarannya. Manakala jika dia menegur semata-mata untuk mencari kesalahan pihak yang ditegur atau memperlecehkan pihak tersebut (padan muka); teguran itu akan sampai kepada sasaran, tetapi tidak akan membawa kebaikan kepada si penegur selain memuaskan hatinya sahaja. 

Dalam apa jua teguran, maruah agama hendaklah diutamakan, bukan kepentingan diri atau jawatan yang disandang.

Saya suka memetik buah bicara ketiga-tiga tokoh ini dalam "Apa Kata Mereka" dalam Kosmo! tersebut. Nilaikanlah sendiri dalam golongan mana mereka itu (pada pandangan saya, kerjaya mereka mempengaruhi pemikiran dan ketulusan hati mereka).

"Lain kali jangan suka mendabik dada kononnya negeri Serambi Mekah bersih segala-galanya walhal segala macam maksiat ada. Jangan cakap tak serupa bikin." Datuk Seri Mustapa Mohamed, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan.

"Aktiviti pelacuran terjadi kerana kurang pegangan agama yang kukuh menyebabkan maruah diri tergadai serta menjatuhkan imej agama Islam sendiri." Datuk Noh Gadut, Penasihat Majlis Agama Islam Johor.

"Semua ini menunjukkan kekuasaan Allah. Berkat doa golongan ulama di negeri tiu, tidak kira di mana sekalipun, segala perbuatan maksiat akan diketahui juga akhirnya." Datuk Mohd Daud Che Ngah, Pendakwah Bebas.

Pusat Islam, KL
.

No comments: