Peguam tersebut, Ponnusamy Waytha Moorthy memberitahu, saman yang difailkan di London minggu lepas menuntut ganti rugi sejuta pound (RM6.8 juta) bagi setiap seorang daripada kira-kira dua juta keturunan India di Malaysia.
“Tuntutan besar ini menggambarkan kesakitan, penderitaan, penghinaan, diskriminasi dan penjajahan berterusan selama bertahun-tahun di bawah kerajaan Malaysia sekarang.
“Ia juga bertujuan memperlihatkan kecuaian dan kegagalan kerajaan Britain kerana tidak memaktubkan hak-hak kaum minoriti India dalam perlembagaan semasa mereka memberi kemerdekaan kepada Malaysia,” katanya.
Ramai rakyat India dibawa ke Malaysia dari selatan India sebagai buruk kontrak oleh penjajah British tetapi keturunan mereka “ditinggalkan dalam keadaan terbiar” apabila kuasa penjajah itu meninggalkan Malaysia, katanya,.
“Kaum India Malaysia telah diasingkan, didiskriminasi dan dipinggirkan di samping mengalami penganiayaan bentuk lain,” dakwa peguam itu.
– AFP
Sebaik membaca berita ini, saya teringat kepada seorang peguam yang pernah meminta khidmat guaman untuk menyaman bekas suaminya kerana memberi gelaran "janda" kepadanya. Katanya jika suaminya itu tidak menceraikannya, sudah tentu gelaran itu tidak diberi kepadanya, dan kerana gelaran itulah dia dipandang serong oleh masyarakat. Sedih juga saya mendengar keluhan kawan saya itu setiap kali dia bercerita tentang masalah hidupnya setelah bergelar janda. Macam-macam tuduhan dilemparkan padanya (memang dia berpakaian alamaklah seksi).
Mutakhir saya dimaklumkan rakan saya yang mengendalikan kesnya, nasib tidak menyebelahi pihak plaintif. Dan terbaharu, saya dapat tahu dia telah pun bertemu jodoh. Syukur, terhapuslah gelaran janda yang menyeksanya itu.
3 comments:
salam...
selamat menyambut bulan puasa.. bersama lak kita menghayatinya..
Tahniah akak atas kemenangan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan. Kat mana ye saya buleh baca Cinta Puncak Sagamartha? Nak sangat membacanya.. buleh saya gi baca kat kedai akak di plaza serangkai mas?
Salam Ramadhan...
tinggalkan jejak, mana mungkin kerana aku telah cuba memadam jejak lama... setelah 10 tahun sel-sel yang telah tidur, kini sedang menggeliat bangkit.. maka terpisat-pisat sang siput babi tertanya tanya sel dari mana ni lak...
Post a Comment