Untuk menghubungi saya, atau memberi dan menerima maklumbalas secara peribadi, sila capai 013-3544889, atau emelkan ke rozaisalanamy@gmail.com, atau temui saya di http://www.facebook.com/rozais.alanamy

Selain capaian di atas, yang menggunakan nama dan kutipan daripada saya adalah tidak relevan dan tidak ada kena mengena dengan pendapat dan pendirian saya.
__________________________________________________________________

Tuesday, October 10, 2006

Ramadhan penuh ujian

Dalam keadaan separuh sedar, saya bagaikan baru keluar dari satu kepompong yang gelap gelita. Rupanya hari ini merupakan 17 Ramadhan. Hari besar dalam sejarah umat Islam, hari turunnya mukjizat terbesar kepada Rasulullah yang diwariskan kepada umatnya.
Saya baru kembali ke dalam pelukan Ramadhan setelah hampir dua minggu terasa berjauhan dengan suasananya. Selepas menulis entri lepas, rafik saya Zanazanzaly diserang demam yang berpanjangan sehinggalah beliau sihat kelmarin, itu pun masih pening-pening lalat. Dan saya, atas dasar tanggungjawab menemani orang sakit terpaksalah berada di sisi, membantu mana yang perlu. Beliau hanya sempat berpuasa dua hari, dan hari seterusnya muntah-muntah dan diserang demam urat serta panas tak menentu, berlainan dengan demam-demam yang beliau alami sebelum ini. Terlalu dukacita saya melihat keadaannya pada waktu itu.
Saya hanya solat tarawih di rumah, kadangkala berseorangan dan sesekali pula Zana menjadi makmum jika beliau mampu celik mata. Ramadhan terus berlalu. Hampir seminggu ujian buatnya, saya pula diuji dengan demam sejuk-panas. Sempat dua hari terlantar, Zana dengan kepala separuh betul pula merawat saya. Cuma kali ini tiada siapa antara kami berdua jadi imam atau makmum kerana kami sama-sama uzur syari’e.
Ibu saya menelefon dari kampung, memaklumkan ibu saudara pihak ayah saya telah meninggal dua hari lepas. Saya hanya sedekah al-Fatihah buatnya kerana apa lagi yang mampu saya lakukan kerana ibu saya tergamam untuk memaklumkan kepada saya lebih awal, maklumlah saudara mara kami terlalu besar berbanding kapasiti memori ibu saya. Kalau ibu memaklumkan lebih awal pun saya tidak mampu pulang dengan keadaan sendiri pun “tak larat nak angkat hadas”. Saya maklumkan ehwal saya kepada ibu dan apa yang telah berlaku kepada kami berdua. Ibu sempat berjenaka “Kau berdua ni macam kembar, sakit pun nak berdua.” Itu pun saya tak maklumkan bahawa kami sama-sama tak puasa.
Hari ini kepala saya masih berdenyut-denyut. Zana telah masuk ke madrasah Ramadhan kembali, dan saya akan mengekorinya esok. Kami rindu untuk ke balaisah sama-sama. Khabar yang disampaikan oleh Nany, situasi peperangan politik balaisah masih sama seperti malam pertama, cuma tambah ada qunut sahaja. Yang lain tetap serupa. Alahai, moga beroleh hidayah sempena separuh Ramadhan ini, harapnya.

4 comments:

senandung malam said...

Sememangnya ramadhan madrasah yang sentiasa dipenuhi ranjau berduri, hanya golongon yang beriman mampu menempuhnya. Moga kita semua tergolong dalam golongan yang beriman.

mohamad kholid said...

semoga tabah menghadapi ujian

hakim dirani said...

Saya doakan agar hari-hari yang mendatang akan dipermuahkan oleh Allah untuk Ukhti Beribadah.

sahrunizam abdul talib said...

Terima kasih kerana mengunjungi blog saya. saya cempedak di luar pagar dalam dunia baru ni.Tuhan sering mengujui hamba yang disayanginya. Penulis sememangnya seorang pemikir. Yang syok sendiri tu ialah orang yang menikam penulis dengan frasa tersebut.salam