.
Marsum ini kutulis bukan sekadar mengisi kosong ilusi
 aku tiba tiba jadi terhukum 
kerana membiarkan dakwat kering di perut pena
 dan kau hadir menghulur sebotol
 ilham berwarna biru
 buat meneman malam tanpa bintang dan bulan
 tinta itu akan terus membasahi kajang yang selama ini terbiar kaku
 biar malam ini aku jadi peneman langit yang suram
 dengan sejumlah kata dan doa
 membiayai sebuah perjalanan beribu batu.
 
 Jalan Chan Sow Lin
 Mac 8, 2014
. 
Tuesday, March 11, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment