Malam tadi, saya menggagahkan diri menonton SEPI. Sengaja saya menamatkan tahun 1429H dengan filem tersebut, semoga sayu dan pilu sepanjang 365 hari dapat ditinggalkan pada kenangan tahun lalu.
Semenjak SEPI ditayangkan di pawagam, saya terasa benar ingin menontonnya. Ada sesuatu yang menarik saya untuk memilih filem ini. Seorang teman beria-ia minta saya ke KL untuk sama-sama menontonnya, namun saya terpaksa tolak. Alasannya, saya tidak mahu jadi "Neng Yatimah" di tempat awam. Namun dia beri jaminan - akan pastikan saya tidak jadi begitu jika menonton bersamanya. Sebenarnya, saya ingin menghayatinya sendirian.
Dia telefon saya usai menonton. Katanya ceritanya cukup sayu dan pilu menyucuk kalbu. Namun lagi sedih kerana tidak dapat menonton bersama. Dan dia berjanji akan menghantar DVD sebaik sahaja ia keluar kepada saya. "Marya mengingatkan saya kepada awak." Selepas itu kami terpisah oleh ribut kehidupan yang melanda.
Julai 16, 2008 - Saya sedang membaca Mingguan Malaysia di rumah kawan di Jalan Klang Lama. Tiba-tiba mata tertancap pada ruangan Resensi filem oleh Ku Seman Ku Hussain tentang SEPI. Aduh! Melalui tulisan beliau, saya dapat menjiwai sedikit sebanyak tentang filem itu; dan saya bersyukur kerana menolak pelawaan teman saya itu.
Hari ini, memang saya akui SEPI amat bermakna buat saya. Sepertimana filem AYAT-AYAT CINTA, saya beri masa selama tiga bulan lebih kepada diri untuk bersedia menontonnya.
Kepada teman yang meninggalkan DVD AAC atas pangkin halaman rumah pada Julai 4, 2008, saya doakan moga hidupnya diberkati dan disuluhi nur Ilahi di dua dunia. Sesungguhnya dua filem yang dikongsi bersama jiwanya, besar ertinya kepada saya merentas perjalanan yang penuh tanda tanya.
Kamar Rasa
Muharram 1, 1430H (pagi: 7.00)