.
Tidak seperti waktu
Yang diam-diam melaju
Dan mengaburkan kisah-kisah dulu
Atau memudar seperti tinta
Di halaman marsum tua
Yang basah oleh masa;
Cintamu, moga adalah zaitun
Dalam angin menderu
Di puncak sana.
Sesetia ombak pada pantainya
Dalam tenang dan gelora.
Pusat Islam, KL.
.
.
2 comments:
HANYA
hanya
kata-kata yang bernas
memberi makna yang jauh
kerana hidup ini sememangnya
dipertikaikan
hanya
ikhlas yang panjang
untuk diukur
kesetiaan
Zawawi Aziz,
Sekuntum kata
di tangan pujangga
menjadi kembang
harum di taman
tumbuh melata.
Post a Comment