Cinta bukan mengajar kita lemah,
tetapi membangkitkan kekuatan.
Cinta bukan mengajar kita
menghinakan diri,
tetapi menghembuskan kegagahan.
Cinta bukan melemahkan semangat,
tetapi membangkitkan semangat.
-Hamka
'ISHY 'AZIZAN AU MUT SYAHIDAN (HIDUP PERKASA ATAU MATI SYAHID) Kita adalah jisim yang berada antara langit dan bumi, kerana kita masih bernyawa, dan mahu hidup perkasa – mengumpul bekal untuk roh yang melampaui sempadan langit dan bumi dalam kehidupan syahidnya!
Terdapat beberapa komen di Facebook berkaitan tulisan saya pada dinding FB yang dipetik dari blog ini. Ramai yang menyokong apa yang saya tulis, kerana sudah lama mengetahui; serta menyertai FB secara berwaspada, tak kurang juga yang menyalahkan pasangan yang bercerai kerana hubungan yang rapuh.
Mula-mula saya tidak percaya tentang laporan kawan blogger yang mendedahkan tentang kesan negatif Facebook. Menurut laporan yang diperolehi melalui kajian tentang FB, ramai pasangan yang berpisah kerana pasangan yang curang, dan segala macam onar yang berpunca dari laman sosial yang semakin digilai pelbagai lapisan masyarakat. Sesibuk manapun seseorang itu, masih sanggup mengorbankan masa semata-mata tidak mahu ketinggalan zaman atau dicop jakun.
Setiap kali dengar nasyid ini, saya sering rasa ingin sendiri, menilai diri.
Saya sengaja memeram respon terhadap rencana AJL 24 unsur illuminati? oleh Syed Mussaddad Mahdi dalam Pancaindera, Mingguan Malaysia pada halaman 8 dan 9 bertarikh 24 Januari lepas kerana tidak mahu terpengaruh oleh emosi.
Mungkin kerana kecintaan saya yang keterlaluan terhadap laut, maka Tuhan sentiasa campakkan saya jauh dari pantai dalam fasa kehidupan seterusnya. Selepas habis belajar, saya tidak sempat menikmati pantai Terengganu, terus berkelana ke Tanah Serendah Sekebun Bunga. Pasir Mas agak jauh dari Pantai Cahaya Bulan. Dan saya akur sewaktu terdampar di Padang Embun. Selalu saya berseloroh dengan diri; percik air laut yang kudamba, embun pula yang menitis. Saya tidak menjangkakan embun yang menitis itu hanya sempat menjamah jiwa raga selama lebih kurang tiga tahun sahaja. Tanah sawah belakang rumah saya tinggalkan pada suatu hari dengan jiwa berdarah.