Tuesday, October 27, 2009

Kembara Lagi

. . .
Semalam, saya terpaksa kembara lagi. Lagu tema blog ini menyeru saya menapak, dan terus meninggalkan jejak, sebelum saya pulang kepada Dia. Jejak-jejak kenangan yang saya tinggalkan, membuktikan saya pernah ada di suatu tempat dan ketika, meneruskan kembara mencari cinta dan redha-Nya.

Hari ini, sendiri berdiri antara langit dan bumi. Asing. Teragak-agak mengatur tapak. Tuhan, bantulah saya bertahan menghadapi jerkah mentari.

Kuala Terengganu



2 comments:

  1. Salam akak sayang:)

    Jangan sesekali berhenti dalam kembara ini, akak.Terus menapak walau perlahan , kerana walau diuji Tuhan, hujungnya pasti ada keindahan:)

    ReplyDelete
  2. arnamee,
    salam kembali, dik.
    Terima kasih untuk titipan penuh semangat. Akan saya kendong sepanjang perjalanan ini.

    ReplyDelete