Monday, December 22, 2008

Tetamu Teratak Maya

.
Tetamu yang terlontar di teratak maya
salamnya berjawab curiga.

Dengan halus bicara
dihulur sejambak kuntuman mesra
takdir Tuhan merencana.

Segugus kata dipohon rasa
kita jolok bersama
gugurnya putik kisah rindu terbelenggu
buah kasih terpenjara
kita kutip bersama
di halaman jiwa.

Kamar Rasa
Disember 22, 2008 (pagi: 2.00)

6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Kanda,
    Lelaki tidak boleh selalu dihadiahi, nanti dia jadi "beri betis mahu paha" pula.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. anakanda,
    pokcik terpesona membaca sajak serta tulisan anakanda...
    pokcik sentiasa mengikuti setiap masa

    ReplyDelete
  6. pokcik,
    Terima kasih kerana sudi menjengah anakanda, serta sentiasa membawa ceria.

    Semoga Tuhan membalas kesejahteraan sepanjang perjalanan hidup pokcik.

    ReplyDelete