Tengahari
tadi saya baru menyelesaikan kerja tonton tapis sebuah dokumentari sempena Hari Bumi yang akan disiarkan di TV AlHijrah
pada 19 April ini.
Dokumentari bertajuk ‘Upeh Terakhir’ yang skripnya digarap oleh Syirfan Indra Metra Surya Hussin ini pada saya sangat menarik. Terkenal dengan gubahan ayat yang indah, beliau mampu membawa jiwa saya menghayati sebuah pengorbanan untuk sebuah penghijrahan.
Dokumentari bertajuk ‘Upeh Terakhir’ yang skripnya digarap oleh Syirfan Indra Metra Surya Hussin ini pada saya sangat menarik. Terkenal dengan gubahan ayat yang indah, beliau mampu membawa jiwa saya menghayati sebuah pengorbanan untuk sebuah penghijrahan.
Berkebetulan
pula, Kuala Gula serta kisah burung migrasi ini amat rapat dengan cerita saya
dan seseorang. Saya terbawa-bawa ke dalam dokumentari ini, teralun kenangan
oleh bait-bait skrip yang indah; seindah kisah burung-burung hijrah yang
dipaparkan melalui footage yang
teliti dipilih. Syabas buat Saudara Syirfan dan pasukannya.
Saya
segera menyelongkar tampalan lama dalam sebuah blog untuk memanggil kembali lakaran
kenangan kami. Sungguh ia membuat saya tambah merinduinya. Semoga dia memberi
izin saya menampalnya di sini.
SEPASANG
BURUNG MIGRASI
Kita, kau dan aku
sepasang burung migrasi itu
melintasi laut, gunung dan lembah
terbang jauh dari tanah asal
berdua terus bersama, di mana jua
tegar dalam ubah warna musim
ada tanyakan kita, apa kuncinya
tentang kesetiaan, ketabahan
sepanjang menyusur laras kembara
hingga hinggap di Kuala Gula.
Pondok Cinta
18 Julai 2009 – 11.00 mlm .
Kita, kau dan aku
sepasang burung migrasi itu
melintasi laut, gunung dan lembah
terbang jauh dari tanah asal
berdua terus bersama, di mana jua
tegar dalam ubah warna musim
ada tanyakan kita, apa kuncinya
tentang kesetiaan, ketabahan
sepanjang menyusur laras kembara
hingga hinggap di Kuala Gula.
Pondok Cinta
18 Julai 2009 – 11.00 mlm .
No comments:
Post a Comment