.
Saya minta lagu ini. Sangat-sangat. Ia mampu bawa saya ke sebuah hutan kenangan, setelah rengsa dengan persekitaran. Tidak tahu siapa penyanyinya, memandangkan saya "gila" dengar lagu ini sewaktu saya belum mesra dengan internet, juga kerana saya tidak berapa akrab dengan radio.
Beberapa hari lepas, seseorang memutarkan lagu ini sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja. Dan hari itu saya dapat tahu lagu itu dinyanyikan oleh Manan Ngah dari Brain Connection. Berbeza 180 darjah dengan lagu mereka, "Pergi Tanpa Pesan" walaupun mesejnya lebih kurang. Saya tidak percaya, sungguh! Terima kasih untuk dia yang berjaya merungkai teka-teki selama ini.
Rozais, lagu ini sesuai untuk
ReplyDeletesesiapa yang mampu bersendirian
dan yakin diri.
Zawawi Aziz,
ReplyDeleteSaya kagum akan mereka yang mampu itu.
Rozais, selamat ulangtahun.
ReplyDeleteSemuga Allah sayangi kamu,
kerana kejujuran, mungkin !
Zawawi Aziz,
ReplyDeleteTerima kasih atas ucapan.
Semoga Allah mengasihimu kerana kasih sayangmu.
Memang terbaik
ReplyDeleteLirik Lagu