Tuesday, May 05, 2009

Setelah Dia Pergi

.
setelah dia pergi
langit biru berubah warna api
asap mimpi, melelahkan realiti.

bintang-bintang bisu
purnama jadi puing, melayah
bukan ke riba.

ingin saja kupinang maut
di hamparan gelita.

Kamar Jiwa

11 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. ombak,
    Kalau tak dinyatakan puisi ini untuk siapa, maknanya ia bermakna buat sesiapa sahaja.

    Kenapa pula saudara tiba-tiba menerkam pada Azmi? Tak semestinya yang disebut itu ditujukan, dan yang ditenggelamkan itu bukan punca ilham.

    ombak,
    setiap kali hadirmu
    menjamah pantai hati
    perginya jua dengan buih yang lain
    sebagaimana ia kemari
    menduga sanubari.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. ombak,
    Terima kasih kembali.
    Tahniah atas kelahiran blog ketiga, namun jelasnya saudara masih punyai rasa yang sama, tanah yang berbeza butir pasirnya.

    ReplyDelete
  5. salam...

    ombak laut
    menjadi lumrah
    menerkam
    kadang membaham
    sesiapa
    menjamah bibir pantai
    namun
    demi keindahan
    segara biru
    ku jengah jua
    biar ombak
    menerpa

    ReplyDelete
  6. azmi,
    buih ombak
    menjamah kaki
    putih ronanya
    memuramkan hati.

    buih ombak
    sekali datang
    sekejap pergi
    untuk insan
    menilai diri.

    buih ombak
    setiap kali hadirnya
    dengan wajah berbeza
    mengikut kejujurannya.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. hadir ombak
    menduga
    meneka keyakinan
    hilang ketabahan
    kan hanyut
    dek badai menghempas

    ombak hadir
    membawa buih
    cantik pada rona
    cuma

    ombak
    datang dan pergi
    wajah berbeza
    kerakusan
    membaham
    tetap sama

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. azmi,
    ombak gemalai
    ombak membadai
    angin puncanya.

    tanpa angin
    ombak cuma
    air
    dalam segara.

    ReplyDelete
  11. ombak,
    pantai
    tetap setia
    tanpa ombak ditiup pawana
    beralun gemalai membelai pantai;
    tanpa ombak dijerkah deru angin
    membadai ke pantai.

    ombak
    buihnya akan ke mana
    andai pantai tiada tepinya.

    ombak
    itukah namanya
    jika tebing sungai singgahannya?

    ombak
    yang menyapa kakiku
    dan mengundur dirinya
    ke tengah segara
    mentalkinkan namanya.

    ReplyDelete