Tuesday, January 20, 2009

Adam, Akulah Hawa

(Raya Cina nanti, ramai yang bakal melangsungkan perkahwinan.
Kepada yang jauh di mata,
puisi ini wakil diri saya sempena hari gembira kalian)

Adam,
akulah hawa yang terhutang anggota
bukannya kacang lupakan kulitnya
usah kauragu jiwaku
takkan kupersiakan pengorbananmu.

Andai tiba emosi terluka
sifir kebijaksanaanmu diguna pakai
jika keras patahlah ia
andai rapuh bengkoklah jiwa.

Adam,
akulah hawa pernah terleka
merayu kasihmu menduga cinta
tak terteka hasrat durjana
terusir kita daripada syurga-Nya.

Andai aku teruji lagi
pertahankan ketuananmu atas jasadku
rela kumenjadi Atiqah
kasihkan Ilahi sanggup terpisah.

Adam,
akulah hawa penuh cita-cita
menjadi sinar penerang zaman
kasih Khadijah jadi pedoman
cinta Aisyah penghibur beriman.

ROZAIS AL-ANAMY
Noble Art Creation
Januari 30, 2001

Jelita, April 2001 .

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Kanda,
    "Cintaku tak berdusta
    Tak mengenal ingkar
    Tak kenal nestapa
    Tak ada seribu janji
    Hanya bahagia untuk selamanya"

    Sez you! Is it a "clean tone" lyrics from the blue moon?

    ReplyDelete